77 TAHUN KECEMERLANGAN KOPGET

Koperasi Lembaga Getah Malaysia Berhad (KOPGET) telah ditubuhkan pada 21 Mei 1949 dan merupakan antara koperasi yang tertua di Malaysia. Penubuhan KOPGET bertujuan mengurus serta menyediakan bantuan kewangan yang mematuhi syariah kepada kakitangan Lembaga Getah Malaysia.

Kini, KOPGET berada dalam kalangan 350 koperasi terbaik daripada lebih 14,000 koperasi di Malaysia dengan jumlah anggota melebihi 600 orang. Sepanjang penubuhan, KOPGET telah melaksanakan pelbagai aktiviti seperti Rubber Run 100, Rubber Park serta program-program lain yang memberi manfaat kepada masyarakat dan komuniti koperasi. KOPGET juga telah menerima beberapa pengiktirafan termasuk sijil 100 tahun penubuhan koperasi.

PERUTUSAN PENGERUSI KOPGET

“Sebagai koperasi yang telah lama bertapak di Malaysia, KOPGET terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang mampan dan berdaya saing kepada para anggotanya. Kami percaya melalui kerjasama dan kepercayaan anggota, KOPGET akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua.”

- MUHD FANDY ZAINAL ABIDIN

PERUTUSAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KOPGET

“KOPGET sentiasa berusaha memperkukuh operasi dan memperluaskan aktiviti perniagaan bagi memastikan manfaat yang berterusan kepada para anggota. Melalui pengurusan yang strategik dan kerjasama yang kukuh, kami komited untuk memastikan koperasi ini terus maju dan berdaya saing.”

- MOHD HAKIMI MARZUKHI